Tuesday, August 25, 2009

what is so special about Ramadhan?

This month provides an opportunity for Muslims to get closer to God. This is a month when a Muslim should try to:
> See not what displeases Allah
> Speak no evil
> Hear no evil
> Do no evil
> Look to Allah with fear and hope

"O you who believe! Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may become God-fearing." (The Quran, 2:183)

The Prophet (peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven (Bukhari, Muslim).

Friday, August 7, 2009

f.r.i.e.n.d

she : where' r u dear..i'm now at melaka.
me : hostel..borink!
she : jumpe jom! (excited)
me : yeah, sure!=)
she : wait ha, i'll ask he to send me there.
me : ok..

after 20minutes....

she : sorry dear...he........
me : i hate HIM!

second chance..should i?


seriously, i did not noe that i've been hurt u..
i'm so sorry..
we hav seen each other with so many ups and downs..
i hope this too...
it is just a temporary setback.
please believe me..
i never mean to hurt you..
i am sorry..
please accept my apology..

great baby!


heppy belated b-day iman saffiyah!
baru nk kuar ari ni cri present si kecil saffiyah.
lewat la sket..bz sgt lately..
acik sayang safi!

Thursday, August 6, 2009

Info Syaaban...

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Malam Nisfu Syaaban dan Pemergian Nenek

05.08.09
malam ni ada saringan kesihatan lagi lepas bacaan Yaasin 3 kali sempena mlm nisfu syaaban.
Ramai student demam lagi. Hope Ami cepat sembuh.
Balik dari BISA, aku makan nasi goreng ikan masin ngan anis..
.....mak call...
"nenek da meninggal, bitau kak long, kak ngah. tapi tak balik pun takpe"

innalillah...nenek (ecely moyang aku, tapi cicit2 pnggil arwah, nenek)

pagi ni,,,kalut mintak signature Sir Ong ngan Pengarah sebab nk balik kg.
balik ngan kak long je. Sampai kampung, nenek dah selamat dikebumikan.
Ramai org kat kubur tu..
sedih jugak sebb x sempat tengok nenek..
tapi xpe, mase nenek sakit sempat da ziarah..

mak n mama cakap umur nenek da 109 tahun.
tapi bile tgk i/c nenek 89 tahun..
89 tu umur atuk (menantu nenek).
ish.. tak logik la..
yela dulu tak da pejabat pendaftaran kot..men agak2 je..

blik rumah jap.makan ubi goreng..lapa..
mak puasa so x masak best2. masak nasi je.terima kasih mak.
bw bekal nasi+telur goreng+ikan goreng+timun..orait la jugak..

pukul 1.15 balik melaka semula. Lalu kubur. nampak kubur nenek dari jauh.
al-Fatihah..
semoga nenek berada dalam golongan hamba Allah yang beriman dan di bawah lindungan rahmatNya..ameen..

Sunday, August 2, 2009

AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH INGAH BINTI JAINI


1.08.09
my auntie is passed away..
takziah to her husband, n all her children..
alfatihah..

Wednesday, July 29, 2009

bubbye to July...

Di akhir2 Julai ni, aku kat rumah sebab kene quarantine. IPGM KPM muncul IPG pertama masuk TV3 sebAb virus ni.



letih..bnyk kali kene kumpul kat BISA..

Malangnya, reporter dorang x dapat pape maklumat pun pasal wabak ni dari kami, sebab awal2 lagi Dr. Mihat selaku KJ HEP da bagi warning, sape yang bagi apa2 maklumat kemungkinan boleh dibuang maktab . cam kelakar je, tapi memang berkesan. Xda sape y berani bagi keterangan. Best jugak cuti time bdk2 len skola. Pagi2 nmpk bdk2 kg ni p skola. Erm..aku tak rasa pun g skola bw motor sendiri mcm dorg tu, sbb memg x bape nk terer bw motor. heheh
Bulan Julai ni mcm2 nk cite. sbb bnyk sgt, ni antara story y tertinggal..

MINGGU KARNIVAL PENDITA BITARA (KARPETA)








Minggu yang best tapi sangat2 la meletihkan. Minggu tu langsung aku tak menjejakkan kaki ke BISA. Su..Su..Letih betul bisness ni. Ni baru niaga kecik2 je.tapi, kecik2 cili padi. Keuntungan y kami dapat amat berbaloi walau terpaksa korbankan waktu tido di waktu petang. Mcm2 kami jual. Masak sendiri lagi kat area tepi BISA. Rasa malu kat diri sendiri, p jemaah kat BISA tidak, tapi tumpang kawasan BISA nk buka dapur. Siap pinjam peti ais BISA lagi tu.ye la, baru nk blaja bisness, so x pndai manage masa. Next year, time management kene btl.
Menu meanarik y kami jual antaranya ialah, burger ayam, burger daging, wedges, murtabak meggie, kerepek, n cendawan goreng. Naem plak sempat promosi biskut raye. Blh mkn free lagi. Tak hairanlah, ramai y menyinggah ke gerai kami walau tak membeli.. kami masak sendiri y best tu..tq kat iejat selaku K/U yg telah mendermakan gas shell, minyak,dan meminjamkan segala peralatan dapur milik mak die. Pape pun, tahniah kat PISMP Sains. Even rakyat kite 12 org je, tapi kite berjaya jugak berniaga dan untung!


MAJLIS PERUJIAN TILAWAH, HAFAZAN, DAN TAFSIR AL-QURAN




MTQ majlis y memang diadakan setiap tahun kat IPG aku ni. Objektifnya, utk mencari guru pelatih y boleh mewakili IPPM ke MTQ prgkt kebangsaan.
Alhamdulillah, Surah Hud ayat 6 bw rezeki. Tq kat semua y kasi sokongan.
Kalau ada y x puas hati dgn result mlm tu, maaf ea. Aku pun x tau camne aku bleh menang…
Tahniah kat sahabat aku, warid.. nex year kite p MTQ same2 ye. InsyaAllah.
Rahmah dan Kak Sal selamat m’bawa nama IPPM n gud luck!

MISI KE GUNUNG LEDANG







penat kiteorg mndi dari pkl 830 til 330 petang..
enjoyed that moments..

Tuesday, July 21, 2009

science, ecosystem, n biodiversity.



kami berjalan lagi..
this time kam p zoo melaka. ni kali ke3 aku p zoo.
malas nk tulis panjang2..
tgk2 gambau je la ek..

Allah is the best Planner

22 Julai 2009: kalau ikutkan, ptg ni kami p CTRM tgk pembuatan kapal terbang. Tapi, memang kite mampu merancang je. sebulan aku plan and follow up trip ni, last minute terpaksa cancel jugak. sedih sgt, tapi xleh nk watpe.
masuk kali ni dah 4 kali cancel trip under subjek fizik.means da 4 kali tukar paper work.lepas satu satu tak jadi..mule2 dulu plan p honda, pah tu toyota, pah tu perodua, and last ni CTRM.
kami semua kene quarantine sebab virus H1N1.
hope nothing serious here...
ameen..

Friday, July 17, 2009

kami jalan ke FRIM.

alhamadulillah..
semua berjalan spt y dirancang.

kami S/U y menggerakkan trip ni..hehehe

rescue team..iejat mane ntah...

titian gantung mase "Canopy Walk"


gembira sesat jalan..tgk sir daddy kami, sir ong kat blakang tu..


subhanallah

Tuesday, July 7, 2009

en.azamuddin bin abu bakar



" tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri" sabda Rasululullah

uhibbuka fillah ya akhi..
after ALLAH, Rasul, mak, abah, family, n fren, he is da one that i really missed n loved.
are we made for each other? just let Him to decide..
he's understanding,caring, matured..(ha i da puji u ni..nk adiah..heheheheh)

this morning, while waiting anis, he texted me.."result i da kua"
i wish he got the best result..
alhamdulillah, he passed his paper..=)

wat bout my result?
ermm.lamenyer nk tunggu..scared...
Ya allah...berilah kejayaan pd hambamu ni..

he always remind me that, after u've done the best, just let Him to decide..
erm..memangla...tp..takut tu ada jugak..huhuhu

wish both of us can completed our study on time..same2 graduate..ameen..

pokok semalu dan kaum hawa


pokok semalu dan wanita..

7.7.2009

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang menghirup oksigen milikNya..

Selamat Hari Lahir adik kak su, Zuraida Assma. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan diberikan kesejahteraan dunia akhirat.. hadiah nanti ler Ida, gula2 2 biji malam tadi orait la kan..sementara akak dpt elaun ni.hehehe

Pagi ni..Sempat baca artikel dalam Solusi isu no.2 sambil makan biskut raya naem kasi. Terima kasih naem!

Bukan kisah tentang biskut raya yang nak dikongsi, tapi kisah Rasululluh s.a.w bersama puteri kesayangan Baginda, Sayidatina Khadijah r. ha.

Semoga menjadi iktibar dan pesanan buat diri sendiri, birthday girl kat sebelah tu, n semua sahabat y sudi luangkan masa untuk viewing blog ni.

Diceritakan suatu ketika Baginda berjalan-jalan bersama puteri Baginda, Fatimah..

Semasa melintasi sepohon pokok tamar, kaki Sayidatina Fatimah terpijak pokok semalu. Kakinya terasa sakit dan berdarah. Fatimah bertanya kepada Baginda, “ Apalah gunanya pokok semalu seumpama itu tumbuh di situ” Rasululullah dengan tenang menjelaskan bhw sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan fitrah wanita..ha….kite ler wanita ni..

4 pengajaran y boleh diambil drpd kejadian pokok semalu ni:

- Pertama: sifat pokok semalu y menguncup apabila disentuh. Ini ibarat wanita perlu mempunyai sifat malu yang bertempat.

- Kedua: semlau mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Simboliknya, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah diri.

- Ketiga: akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengakam bumi. Ini bermakna wanita solehah mestilah mempunyai keimanan yang berakar umbi dalam jiwanya.

- Keempat: semalu menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Seolah-olah ciptaan Allah ini mengingatkan kaum Hawa supaya pulang dan duduklah di rumah ketika hari hampir gelap.

Apa yang lebih menarik, menurut Riwayat Baihaqi, terdapat 99 bahagian tarikan pada diri wanita berbanding lelaki. Hebat x hebat kita ni kan..hehehe. Oleh itu, Allah kurniakan sifat malu yang lebih kepada kaum wanita.

Rasulullah pernah bersabda bahawa sesungguhnya Allah apabila hendak membinasakan seseorang, maka dicabutkan rasa malu orang itu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini. Fikir-fikirkan dan selamat menyemai sifat malu!

kursus praperkahwinan dan kekeluargaan Islam

Kursus Praperkahwinan dan Kekeluargaan Islam

4-5 Julai baru-baru ni, kami p kursus kawen. Seronok even lame kot agi nk kawen. Hehehe.

Saje amek kursus reramai sebab kursus ni wat kat maktab dengan bayaran yg rendah berbanding luar..ha..ni y nk p sbb murah..hehe

Banyak la ilmu y disampaikan dalam 9 modul tu. Nk sharing mane y teringat je la. Nk y details, bek korang p sendiri kan.

Ustaz ckp dalam slot “ Pengurusan Stress dan Konflik” :

“ Orang perempuan hatinya di mulut,

Orang lelaki mulutnya di hati”

-Saidina Ali-

Memang betuk kata-kata ni. Tak payah tengok jauh, tengok mak yang tercinta kat rumah tu pun da cukup. Memang fitrah kejadian wanita ni kuat berleter kot. Tapi, Alhamdulillah, sebb leteran mak, anak-anak mak jadi orang. Terima kasih mak! Abah plak da best husband and the greatest abah! Cool je..

Kalu kita kat sekolah, mesti cikgu perempuan lagi suke mengomel dari cikgu lelaki kan..hehehe..

Y menariknya, ustaz cerita, ustaz pun ada wife y banyak leterannya. Tapi, setiap kali wife ustz ckp, ustaz akn senyap dan dengar je. Bile da habis, ustaz akan tepuk tangan n ckp “ begitulah tadi ceramah yang disampaikan oleh isteri abang,…”. Then, ustaz akan kasi RM 10 kat wife die. Kire cam byrn y kite byr kat penceramah jemputan. Swit betul ustaz tu..

Ustaz cerita lagi, kisah menantu dengan mak mertua. Menantu A baru baru blik melancong dari Korea n belikan mak mertuanya kain Chinese Silk. Bukan men heppy agi mak ni tadi sebb dapat kain beratus-ratus harganya. So, dapatlah dia beraye sakan taun ni. Menantu B pulak baru blik makan angin kat Langkawi. Pergi pun sebb bw anak-anak bercuti. Yela..cuti sekolah..Menantu B sempat belikan mak mertua dia 2 botol minyak gamat. Dalam nada sindiran, si ibu mertua cakap, “ Apa kasi minyak gamat, kau ingat aku dah tua sangat, dah sakit-sakit ke?”

Bijaknya menantu B..bila malam, dia amek botol minyak gamat tadi u mengurut kaki ibu mertuanya itu. Marah orang tua tu pun reda..moral of the story, camne pun mak mertua korang x suka apa y korang buat, kita kene bijak mengatasinya. Ala…lame lagi kot..tapi xpe, just nk share je..hehe

Lain-lain ilmu tentang akidah, ibadah, akhlak, dah biasa kite dengar kan..cume amalannya je kurang. Sama-sama kita tingkatkan ilmu n iman..

Notis u si dia..hehehe..ustaz kate tips mengekalkan kebahagiaan kuarge..

Selalu amalkan solat jemaah, bace hadis sama2, tadarus al-quran, n tasmik bacaan each other.=)

Wallahua’lam.

Wednesday, June 10, 2009

PEMILIK CINTAKU selepas Allah dan Rasul


just nk share ng u all bout dis book..


pemilik cintaku setelah allah dan rasul written by fatimah syarha mohd nordin.

tajuknye simple je kan..isinye pon mudah nk faham.
Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

untuk sahabat-sahabat muslimah, kita boleh sama2 contohi watak Qani'ah, sahabat-sahabat Muslim boleh hayati peribadi Dr. Muslih. Ambillah yang baik untuk sama-sama kita amalkan.

lepas u all bace buku ni mesti rasa nk kawen je ng bf u all.huhuhu
selamat membaca!

Sunday, June 7, 2009

Kembara UNIC


~~check in bilik..ok..not bad~~
~~shopping kat rantau panjang~~teddy bear pink~~
~~konsert unic~~cian aku tgk kump ni sebb xder rmai org yang p tengok konsert tu..tapi pape pn,konsert mlm tu ok jer..sore fakhrul,best sgt..ngaji lagi la..~~

~tak kenal maka tak cinta..mula2 join trip ni.. aku, warid, ng haiza rase cm buhsan sgt..smpaikn ari sabtu aku rase cm ari ahad.. sebb rase cm da lame je dok kat kelantan..
tapi at least petang2 ahad cam ok jugak layan adik2 kat sekolah muhammadi lelaki. ok gak aku dpt adik2 perempuan.cian haiza dpt adik2 llki,cm mlas je nk bagi respons..
kump. aku ng warid; adik2 fasi y best! x faham sgt dorg ckp, tapi leh la layan jugak..
y paling ingat adik tu name dia nik..
tyme last ajaq mintk pndgn peserta program, nik terus je berdiri. bangga r jugak aku as kakak fasi.hehehe
~~malam~~shopping kat wakaf ceh yeh~~
beli batik u kak long aku yang paling best! tq kat pak cik mad batik "ADIK MAD BATIK" sebab kasi best price kat aku..buat ubat sebb dah terbeli batik y mahal dn tak bape nk cntik di kedai sebelumnya...

~~jom balik!!~~
memori y will stay in my mind are..haiza dengan si suar pink, warid dengan si pelapis nasyid, n me....beg pink...hehehe..ade r jugak bhn nk gelak..

semai kebaikan, tuai keredaan

Pada yang empunya harta melimpah,
hulurkanlah zakat dan sedekah,
Pada yang berbakat dan cendiakawan,
pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran,
Pada yang miskin dan kesempitan,
bersedekahlah dengan senyuman,
Semua kita harus pemurah,
Memberi bukan untuk bermegah,
Tetapi itulah perintah Tuhan,
Semai kebaikan dan tuailah keredaan...