Wednesday, July 29, 2009

bubbye to July...

Di akhir2 Julai ni, aku kat rumah sebab kene quarantine. IPGM KPM muncul IPG pertama masuk TV3 sebAb virus ni.



letih..bnyk kali kene kumpul kat BISA..

Malangnya, reporter dorang x dapat pape maklumat pun pasal wabak ni dari kami, sebab awal2 lagi Dr. Mihat selaku KJ HEP da bagi warning, sape yang bagi apa2 maklumat kemungkinan boleh dibuang maktab . cam kelakar je, tapi memang berkesan. Xda sape y berani bagi keterangan. Best jugak cuti time bdk2 len skola. Pagi2 nmpk bdk2 kg ni p skola. Erm..aku tak rasa pun g skola bw motor sendiri mcm dorg tu, sbb memg x bape nk terer bw motor. heheh
Bulan Julai ni mcm2 nk cite. sbb bnyk sgt, ni antara story y tertinggal..

MINGGU KARNIVAL PENDITA BITARA (KARPETA)








Minggu yang best tapi sangat2 la meletihkan. Minggu tu langsung aku tak menjejakkan kaki ke BISA. Su..Su..Letih betul bisness ni. Ni baru niaga kecik2 je.tapi, kecik2 cili padi. Keuntungan y kami dapat amat berbaloi walau terpaksa korbankan waktu tido di waktu petang. Mcm2 kami jual. Masak sendiri lagi kat area tepi BISA. Rasa malu kat diri sendiri, p jemaah kat BISA tidak, tapi tumpang kawasan BISA nk buka dapur. Siap pinjam peti ais BISA lagi tu.ye la, baru nk blaja bisness, so x pndai manage masa. Next year, time management kene btl.
Menu meanarik y kami jual antaranya ialah, burger ayam, burger daging, wedges, murtabak meggie, kerepek, n cendawan goreng. Naem plak sempat promosi biskut raye. Blh mkn free lagi. Tak hairanlah, ramai y menyinggah ke gerai kami walau tak membeli.. kami masak sendiri y best tu..tq kat iejat selaku K/U yg telah mendermakan gas shell, minyak,dan meminjamkan segala peralatan dapur milik mak die. Pape pun, tahniah kat PISMP Sains. Even rakyat kite 12 org je, tapi kite berjaya jugak berniaga dan untung!


MAJLIS PERUJIAN TILAWAH, HAFAZAN, DAN TAFSIR AL-QURAN




MTQ majlis y memang diadakan setiap tahun kat IPG aku ni. Objektifnya, utk mencari guru pelatih y boleh mewakili IPPM ke MTQ prgkt kebangsaan.
Alhamdulillah, Surah Hud ayat 6 bw rezeki. Tq kat semua y kasi sokongan.
Kalau ada y x puas hati dgn result mlm tu, maaf ea. Aku pun x tau camne aku bleh menang…
Tahniah kat sahabat aku, warid.. nex year kite p MTQ same2 ye. InsyaAllah.
Rahmah dan Kak Sal selamat m’bawa nama IPPM n gud luck!

MISI KE GUNUNG LEDANG







penat kiteorg mndi dari pkl 830 til 330 petang..
enjoyed that moments..

Tuesday, July 21, 2009

science, ecosystem, n biodiversity.



kami berjalan lagi..
this time kam p zoo melaka. ni kali ke3 aku p zoo.
malas nk tulis panjang2..
tgk2 gambau je la ek..

Allah is the best Planner

22 Julai 2009: kalau ikutkan, ptg ni kami p CTRM tgk pembuatan kapal terbang. Tapi, memang kite mampu merancang je. sebulan aku plan and follow up trip ni, last minute terpaksa cancel jugak. sedih sgt, tapi xleh nk watpe.
masuk kali ni dah 4 kali cancel trip under subjek fizik.means da 4 kali tukar paper work.lepas satu satu tak jadi..mule2 dulu plan p honda, pah tu toyota, pah tu perodua, and last ni CTRM.
kami semua kene quarantine sebab virus H1N1.
hope nothing serious here...
ameen..

Friday, July 17, 2009

kami jalan ke FRIM.

alhamadulillah..
semua berjalan spt y dirancang.

kami S/U y menggerakkan trip ni..hehehe

rescue team..iejat mane ntah...

titian gantung mase "Canopy Walk"


gembira sesat jalan..tgk sir daddy kami, sir ong kat blakang tu..


subhanallah

Tuesday, July 7, 2009

en.azamuddin bin abu bakar



" tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri" sabda Rasululullah

uhibbuka fillah ya akhi..
after ALLAH, Rasul, mak, abah, family, n fren, he is da one that i really missed n loved.
are we made for each other? just let Him to decide..
he's understanding,caring, matured..(ha i da puji u ni..nk adiah..heheheheh)

this morning, while waiting anis, he texted me.."result i da kua"
i wish he got the best result..
alhamdulillah, he passed his paper..=)

wat bout my result?
ermm.lamenyer nk tunggu..scared...
Ya allah...berilah kejayaan pd hambamu ni..

he always remind me that, after u've done the best, just let Him to decide..
erm..memangla...tp..takut tu ada jugak..huhuhu

wish both of us can completed our study on time..same2 graduate..ameen..

pokok semalu dan kaum hawa


pokok semalu dan wanita..

7.7.2009

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang menghirup oksigen milikNya..

Selamat Hari Lahir adik kak su, Zuraida Assma. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan diberikan kesejahteraan dunia akhirat.. hadiah nanti ler Ida, gula2 2 biji malam tadi orait la kan..sementara akak dpt elaun ni.hehehe

Pagi ni..Sempat baca artikel dalam Solusi isu no.2 sambil makan biskut raya naem kasi. Terima kasih naem!

Bukan kisah tentang biskut raya yang nak dikongsi, tapi kisah Rasululluh s.a.w bersama puteri kesayangan Baginda, Sayidatina Khadijah r. ha.

Semoga menjadi iktibar dan pesanan buat diri sendiri, birthday girl kat sebelah tu, n semua sahabat y sudi luangkan masa untuk viewing blog ni.

Diceritakan suatu ketika Baginda berjalan-jalan bersama puteri Baginda, Fatimah..

Semasa melintasi sepohon pokok tamar, kaki Sayidatina Fatimah terpijak pokok semalu. Kakinya terasa sakit dan berdarah. Fatimah bertanya kepada Baginda, “ Apalah gunanya pokok semalu seumpama itu tumbuh di situ” Rasululullah dengan tenang menjelaskan bhw sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan fitrah wanita..ha….kite ler wanita ni..

4 pengajaran y boleh diambil drpd kejadian pokok semalu ni:

- Pertama: sifat pokok semalu y menguncup apabila disentuh. Ini ibarat wanita perlu mempunyai sifat malu yang bertempat.

- Kedua: semlau mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Simboliknya, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah diri.

- Ketiga: akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengakam bumi. Ini bermakna wanita solehah mestilah mempunyai keimanan yang berakar umbi dalam jiwanya.

- Keempat: semalu menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Seolah-olah ciptaan Allah ini mengingatkan kaum Hawa supaya pulang dan duduklah di rumah ketika hari hampir gelap.

Apa yang lebih menarik, menurut Riwayat Baihaqi, terdapat 99 bahagian tarikan pada diri wanita berbanding lelaki. Hebat x hebat kita ni kan..hehehe. Oleh itu, Allah kurniakan sifat malu yang lebih kepada kaum wanita.

Rasulullah pernah bersabda bahawa sesungguhnya Allah apabila hendak membinasakan seseorang, maka dicabutkan rasa malu orang itu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini. Fikir-fikirkan dan selamat menyemai sifat malu!

kursus praperkahwinan dan kekeluargaan Islam

Kursus Praperkahwinan dan Kekeluargaan Islam

4-5 Julai baru-baru ni, kami p kursus kawen. Seronok even lame kot agi nk kawen. Hehehe.

Saje amek kursus reramai sebab kursus ni wat kat maktab dengan bayaran yg rendah berbanding luar..ha..ni y nk p sbb murah..hehe

Banyak la ilmu y disampaikan dalam 9 modul tu. Nk sharing mane y teringat je la. Nk y details, bek korang p sendiri kan.

Ustaz ckp dalam slot “ Pengurusan Stress dan Konflik” :

“ Orang perempuan hatinya di mulut,

Orang lelaki mulutnya di hati”

-Saidina Ali-

Memang betuk kata-kata ni. Tak payah tengok jauh, tengok mak yang tercinta kat rumah tu pun da cukup. Memang fitrah kejadian wanita ni kuat berleter kot. Tapi, Alhamdulillah, sebb leteran mak, anak-anak mak jadi orang. Terima kasih mak! Abah plak da best husband and the greatest abah! Cool je..

Kalu kita kat sekolah, mesti cikgu perempuan lagi suke mengomel dari cikgu lelaki kan..hehehe..

Y menariknya, ustaz cerita, ustaz pun ada wife y banyak leterannya. Tapi, setiap kali wife ustz ckp, ustaz akn senyap dan dengar je. Bile da habis, ustaz akan tepuk tangan n ckp “ begitulah tadi ceramah yang disampaikan oleh isteri abang,…”. Then, ustaz akan kasi RM 10 kat wife die. Kire cam byrn y kite byr kat penceramah jemputan. Swit betul ustaz tu..

Ustaz cerita lagi, kisah menantu dengan mak mertua. Menantu A baru baru blik melancong dari Korea n belikan mak mertuanya kain Chinese Silk. Bukan men heppy agi mak ni tadi sebb dapat kain beratus-ratus harganya. So, dapatlah dia beraye sakan taun ni. Menantu B pulak baru blik makan angin kat Langkawi. Pergi pun sebb bw anak-anak bercuti. Yela..cuti sekolah..Menantu B sempat belikan mak mertua dia 2 botol minyak gamat. Dalam nada sindiran, si ibu mertua cakap, “ Apa kasi minyak gamat, kau ingat aku dah tua sangat, dah sakit-sakit ke?”

Bijaknya menantu B..bila malam, dia amek botol minyak gamat tadi u mengurut kaki ibu mertuanya itu. Marah orang tua tu pun reda..moral of the story, camne pun mak mertua korang x suka apa y korang buat, kita kene bijak mengatasinya. Ala…lame lagi kot..tapi xpe, just nk share je..hehe

Lain-lain ilmu tentang akidah, ibadah, akhlak, dah biasa kite dengar kan..cume amalannya je kurang. Sama-sama kita tingkatkan ilmu n iman..

Notis u si dia..hehehe..ustaz kate tips mengekalkan kebahagiaan kuarge..

Selalu amalkan solat jemaah, bace hadis sama2, tadarus al-quran, n tasmik bacaan each other.=)

Wallahua’lam.