Tuesday, July 7, 2009

pokok semalu dan kaum hawa


pokok semalu dan wanita..

7.7.2009

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang menghirup oksigen milikNya..

Selamat Hari Lahir adik kak su, Zuraida Assma. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan diberikan kesejahteraan dunia akhirat.. hadiah nanti ler Ida, gula2 2 biji malam tadi orait la kan..sementara akak dpt elaun ni.hehehe

Pagi ni..Sempat baca artikel dalam Solusi isu no.2 sambil makan biskut raya naem kasi. Terima kasih naem!

Bukan kisah tentang biskut raya yang nak dikongsi, tapi kisah Rasululluh s.a.w bersama puteri kesayangan Baginda, Sayidatina Khadijah r. ha.

Semoga menjadi iktibar dan pesanan buat diri sendiri, birthday girl kat sebelah tu, n semua sahabat y sudi luangkan masa untuk viewing blog ni.

Diceritakan suatu ketika Baginda berjalan-jalan bersama puteri Baginda, Fatimah..

Semasa melintasi sepohon pokok tamar, kaki Sayidatina Fatimah terpijak pokok semalu. Kakinya terasa sakit dan berdarah. Fatimah bertanya kepada Baginda, “ Apalah gunanya pokok semalu seumpama itu tumbuh di situ” Rasululullah dengan tenang menjelaskan bhw sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan fitrah wanita..ha….kite ler wanita ni..

4 pengajaran y boleh diambil drpd kejadian pokok semalu ni:

- Pertama: sifat pokok semalu y menguncup apabila disentuh. Ini ibarat wanita perlu mempunyai sifat malu yang bertempat.

- Kedua: semlau mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Simboliknya, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah diri.

- Ketiga: akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengakam bumi. Ini bermakna wanita solehah mestilah mempunyai keimanan yang berakar umbi dalam jiwanya.

- Keempat: semalu menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Seolah-olah ciptaan Allah ini mengingatkan kaum Hawa supaya pulang dan duduklah di rumah ketika hari hampir gelap.

Apa yang lebih menarik, menurut Riwayat Baihaqi, terdapat 99 bahagian tarikan pada diri wanita berbanding lelaki. Hebat x hebat kita ni kan..hehehe. Oleh itu, Allah kurniakan sifat malu yang lebih kepada kaum wanita.

Rasulullah pernah bersabda bahawa sesungguhnya Allah apabila hendak membinasakan seseorang, maka dicabutkan rasa malu orang itu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini. Fikir-fikirkan dan selamat menyemai sifat malu!

0 comments:

Post a Comment